5 May 2012

mengapa menyepi??

Kali terakhir aku mengetuk di ruangan blog ini pada 14 Februari 2012. Kemudian aku senyap dan menyepi tanpa sebarang posting sehingga tanggal 6 Mei 2012. Bermakna sudah lebih 2 bulan tiada posting. Bukan tiada apa yang mahu dicoret, namun terlalu banyak untuk diperkata, terlalu banyak untuk dikongsi. Suka, duka, pedih, luka, semuanya ada.

Tanggal 14 Februari 2012 lah pembuka segala cerita, sorotan duka lara, menangis gembira, yang tak mampu dirungkai dengan kata-kata. Hanya Allah yang Maha Mengetahui, hanya teman-teman segelandangan yang mengerti akan apa yang terjadi. Bukan pintaku begini, mungkin ini suratan takdir Illahi...

Dalam tempoh lebih 2 bulan ini juga, banyak kisah tersiat dan tersayat berlaku pada diri ini, hingga kadangkala menyebabkan diri ini mengelamun sendirian, apakah benar yang dilakukan..

17 February 2012

kecurian hati..

Pelik bunyi posting aku ni. Hahaha.. (gelak jahat). Kecurian hati berlaku pada sesiapa sahaja. Perkara biasa. Bukan sesuatu yang pelik. Pada aku pun dah kerapkali berlaku. Tapi kecurian itu biasanya berlaku hanya seketika. Tidak membekas pun dalam jiwa. 

Cuma... kecurian hati yang berlaku baru-baru ini agak pelik. Dah lama tak berperasaan begini.. (malu lak nak citer).. Si pencuri hati ini ku kenali baru seketika, tapi ibarat kenalnya udah lama. Hadir perasaan yang lain dijiwa. Rasa seperti dah jatuh cinta, walaupun baru pertama kali bersua muka. Yang peliknya, perasaan sama hadir pada si dia, rasa seperti ada kimia, bagai tercipta satu irama.. 

Pelik hati ini.. sukar difahami, sukar dimengerti. Aku yakin ada hikmahnya terhadap apa yang terjadi. Hati ini dicuri lagi, mungkin ini yang terakhir kali..

misi 100 hari tanpa nasi - phase 2

Misi 100 hari tanpa nasi pernah aku laksanakan dari 1 Ogos 2011 sampai 20 November 2011, dengan sasaran mengurangkan berat badan dari 98 kg kepada berat yang lebih ideal. Nyata, apa yang aku buat berhasil, apabila aku berjaya kurangkan berat badan sehingga kepada 80 kg. Dan paling jelas, badan aku turut susut.

Selepas tempoh 100 hari itu, aku mula mengambil nasi, dan hasilnya kini berat ku kembali kepada 98 kg.

Dan, mulai hari ini, aku nekad nak mulakan Fasa ke-2 Misi 100 Hari Tanpa Nasi, yang secara muktamadnya akan menyebabkan pengekalan bentuk badan dan berat badan berterusan. Tekadku, berat kalau dah turun tidak akan sesekali dibenarkan naik lagi..

Rasional aku nak lakukan ini disebabkan oleh tiga insan yang aku sayang, Eirdina Qistina, Nur Khairunnisa dan Nur Aisyah Zahirah. Teguran mereka nyata menyentap jiwa aku sekaligus membulatkan tekad aku untuk kurus atau mengurangkan kegemukan.

Semuanya gara-gara semalam masa aku menjejakkan kaki ke rumah mak dan ayah di Kelana Jaya. Masuk pagar, aku disambut tiga gadis kecil dan seorang anak bujang kecil dengan penuh gembira... Melangkah masuk ke rumah, tiga gadis kecil itu mula menegurku..

Eirdina Qistina:  Eeee.. Ayah Ngah da gemuk..
Nur Khairunnisa:  A'ah.. Ayah Ngah gemuk. Ayah Ngah gemuk..
Nur Aisyah Zahirah:  Gemuk la Ayah Ngah ni..
Gelandangan Sepi: Ala, ayah kamu pun gemuk jugak.. (geram)

p/s: untuk makluman, Eirdina Qistina menganjak usia 4 tahun pada tahun ini, Nur Khairunnisa dan Nur Aisyah Zahirah akan menyambut birthday ke-3 tahun ini... (Sentap sebab kena tegur dengan anak kecil)