nukilan sepi

Sumpah Anak Watan

Berpaksi semangat anak watan
Bertunjang akal jiwa kental
Ku tempuh dugaan penuh halangan 

Demi tanahair tercinta
Tempat tumpah darah
Mengalir membasah jiwa
Biar mati tidak bertanda
Biar jasad hilang di mata
Walau tulang temulang ku hancur
Pantang berundur sebelum gugur
Ini sumpah anak watan
Berjuang biar mati-matian
Demi satu matlamat satu impian
Bumi Malaysia kekal aman
Biar tubuh dimamah hancur
Biar lebur terus berkubur
Hati ini kekal begini
Kekal berbakti untukmu - Ibu Pertiwi..
20 Ogos 2011 @ Limkokwing University, Cyberjaya



Pantun Jiwa Buat Si Dia

Dalam hati ada taman,
Dalam taman ada bunga,
Gundah hati tiada berteman,
Rinduku ini tidak terhingga..

Ikan berenang di pinggir kali,
Tersangkut kail sejengkal panjang,
Dia ku kenang setiap kali,
Selagi ada bulan dan bintang..

Daun selasih dimakan kuda,
Batangnya jadi permainan budak,
Hatiku kasih pada si dia,
Harap diterima ditolak tidak..

Pohon cempaka dipukul ribut,
Jatuh sekuntum di laman orang,
Tidak ku cuba untuk merebut,
Sabar menanti si dia datang..

Buah berangan mengalas perut,
Buah pulasan manis rasanya,
Kasih ku ini dah lama bertaut,
Tidak ku nyata kepada dia..

Nukilan
Gelandangan Sepi
2355 28 Mac 2011




Harta dan Wang

Harta dan wang
Bisa membuat manusia buta hati
Bisa membuat manusia lupa diri
Hingga sanggup berbunuh bunuhan
Hatta sesama keluarga sedarah

Harta dan wang
Bisa membuat insan alpa
Bisa membuat insan leka
Hingga tergamak lupa pada yang ESA

Harta dan wang
Bukan penentu segalanya
Bukan pengikat kasih dan sayang
Ia mampu meruntuh iman

Harta dan wang
Jika dicari wajar diberi wajar dikongsi
Bersama insan yang memerlukan
Ke jalan yang Allah redhai..

Gelandangan Sepi @ Limkokwing University
0810 14092011